ISU HALAL HARAM PRODUK SHAKLEE
Tahukah anda bahawa kesemua produk Shaklee dihasilkan dan dibungkuskan di USA, sebelum diimport dan di bawa masuk ke Malaysia? Oleh yang demikian, kerana ia dihasilkan di luar negara, maka sewajarnyalah ia perlu mendapatkan SIJIL HALAL daripada pihak berkuasa berkaitan Agama Islam tempatan.
Setiap negara mempunyai badan pengeluar SIJIL HALAL tersendiri.Jika di Malaysia kita ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di United State of America (USA) ada;
1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
2. Islamic Service of America (ISA)
SIJIL HALAL SHAKLEE
Untuk produk Shaklee ini, kami telah pun mendapat SIJIL HALAL YANG SAH daripada ISLAMIC SERVICE OF AMERICA (ISA) yang telah pun diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sijil Halal Produk Shaklee dari Islamic Service of America ini sah sehingga 31 Disember setiap tahun. Untuk makluman, pihak Shaklee(M) akan update Sijil Halal yg terbaru setiap tahun sekitar bulan Februari. Maka, untuk tahun ini, sijil halal terbaru boleh anda perolehi di laman Shaklee(M) sekitar Februari 2014.
Islamic Service of America (ISA) diiktiraf oleh JAKIM
Ini ialah bukti bahawa Islamic Service of America (ISA) ini diiktiraf oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
Oleh yang demikian, sekiranya pihak JAKIM sendiri telah mengiktiraf dan memberikan Akreditasi HALAL kepada Islamic Service of America (ISA) adalah tidak wajar untuk kita meragui ke'halal'an produk Shaklee. Jika anda masih ragu-ragu dengan status Sijil Halal yang dikeluarkan oleh pihak Islamic Service of America (ISA), ia adalah sama seperti anda juga meragui Akreditasi HALAL yg dikeluarkan oleh JAKIM.
Benar, jika anda menghantar SMS secara terus kepada pihak Jakim, anda tidak akan menerima apa-apa info mengenai produk Shaklee(M) daripada Jakim. Jawapannya seperti yang telah kami ulas di atas. Ini adalah kerana produk Shaklee(M) memperolehi Sijil Halal daripada Islamic Service of America (ISA), yang telah diiktiraf dan memperolehi Akreditasi HALAL oleh pihak Jakim!
Ada juga yang ragu-ragu tentang beberapa produk Shaklee yang berasaskan kapsul, kerana kapsul itu daripada sumber Bovine Gelatin. Contoh produk Shaklee yang berkapsul ialah Shaklee Lecithin, Omega Guard, CarotoMax, Vita-E Complex, GLA Complex dan CoQ Health.
Jangan Risau, Bovine Gelatin ialah Gelatin Lembu.!
Berikut ialah jenis-jenis gelatin yg digunakan didalam indutri perubatan dan suplemen:
1. BOVINE Gelatin (Gelatin Lembu)
2. PORCINE Gelatin (Gelatin babi/Khinzir)
3. AVIAN Gelatin (Gelatin burung)
4. FISH Gelatin (Gelatin Ikan)
5. HUMAN Gelatin (Gelitan Manusia)
6. VEGETABLE Gelatin (Gelatin Sayuran)
Persoalan dalam penghasilan gelatin ialah, sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak - itu yang menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin.
Dalam kes produk Shaklee, kesemua produk Shaklee untuk pasaran Malaysia termasuklah yang berasaskan kapsul Bovine Gelatin (Gelatin Lembu) telah disahkan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA), yang telah diiktiraf dan memperolehi Akreditasi HALAL oleh pihak JAKIM. Anda boleh rujuk produk Shaklee yang dimaksudkan dalam Sijil Halal Shaklee di atas.
Maka, jangan risau juga kerana Bovine Gelatin yang digunakan oleh Shaklee untuk pasaran Malaysia (HALAL MARKET) ialah 100% HALAL!!!
*Pertanyaan*
Ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, blh hubungi kami melalui:
FB : RAHSIA NUTRISI SHAKLEE
atau
Boleh SMS/WHATSAPP di:





0 ulasan:
Catat Ulasan